Thursday, April 11, 2013

hadirmu memberi ketenangan

buat si cantik manis.. ummu sakinah. dalam entry pertama ni.. mama nak cerita tentang kelahiran ummu sakinah. kalau ikut tarikh jangkaan ummu sepatutnya lahir pada 7 january 2013.. nama pun jangkaan kan.. ummu mama yang comel ni hanya keluar 3 hari selepas itu.. hehe.. 10 january 2013.. bersamaan dengan hari khamis 27 safar 1434hijrah. kelahiran ummu memang agak mendebarkan mama juga.. sebab mama rasa sakit dari 7 january lagi.. mama di masukkn ke wad pada 9 january .. tapi ummu masih lagi tak tunjukkn tanda nak keluar dari perut mama nih.. seronok agaknya duduk dalam perut mama.. pagi 10 january.. 8.30 mama di bawa ke wad bersalin.. mujur sakit tuk lahirkan ummu tak lama.. tepat pukul 9.20 pagi. ummu pun lahir.. dengan berat 3.14kg mama rasa gembira dan bersyukur ketika ummu diletkkn dalam pelukan mama.. sangat2 terharu dengan kehadiran ummu.. buat pertama kalinya.. papa memotong tali pusat yang menyambungkan ummu dengan mama..melihat sahaja cahaya wajah ummu .. sesungguhnya mama memang terasa tenang, hilang kepayahan dan kesakitan mama yang mama lalui untuk melahirkan anak solehah mama yang ke tiga ini. ummu langsung tak menangis.. diam dan merenung mama... mmm.. mengalir air mata mama bila terkenang saat itu.

No comments: