Thursday, May 30, 2013

meniarap..bergolek2.. kehulu kehilir

anak solehah yang sangat comell.... geram mama ngan awak nih. nasib baik awak suka tersenyum je.. rasa nk picit2 je awak nih .. secara rasmi nya ummu dah pun meniarap semasa ummu 3 bulan.. hmm cepat kan .. lebih kurang seminggu lepas mama kerja.. dalam 15 april la..(mama agak2 je tau).. cepat betul. sejak meniarap je.. cepat betul ummu bergolek2 kesana sini.. tak bole dah nk biar ummu tidur atas katil. risau mama takut ummu jatuh sebab ummu memang tak menangis sangat.. kalau bangun tidur sengih2..golek2.. main2. takde la nak nangis2 panggil mama nih .. kalau tidur bawah je pun sama.. sedar2 ummu dah meniarap atas lantai.. cepat je ummu membesar mama rasa.. masa pun cepat berlalu. baby mama yang comel semakin bijak dan pandai.. alhamdullilah.

little bookworm.

hmm.. so clever kan this little girl. pandai sangat nak baca buku dengan kakaknya.. kakak ulfah pun sonok melayan adik ummu nih. ummu memamg agak pandai memberi fokus,.. contohnya.. kalau tgk tv, memang ummu tgk betul betul.. ummu juga suka tgk kakak menyanyi, menari.. siap gelak2 lagi ummu ni. baca buku pun.. tgk gamba jela camana rupa ummu.. macam paham je apa yang kakak baca tu,..kan. ni baru 4 months. nnti dah besar mama doakan ummu jadi anak yang hebat dan pandai serta solehah okkay..

Wednesday, May 15, 2013

welcome home anak comel.

kakak semuanya gembira dan tak sabar nak jumpa ummu.. selepas je keluar dari hospital.. kita sekeluarga bersama-sama atuk dan opah terus je balik kampung.. kakak2 semua sangat sayang dengan ummu.. asik nk cium je pipi ummu ..