Sunday, December 08, 2013

ummu first 3 steps.. yay!!

officially this is your 3 first steps.. yes.. go girl.

ummu meet the nature

dah lama tak menulis perkembangan ummu. ini pertama kali kita pergi bercuti.. ke Kuala Terengganu selama 3 hari.. tak pernah bawa ummu jauh dari kuala lumpur sebelum ni selain balik ke kampung opah n tokwan. ini kali pertama ummu tengok laut. seronok sangat kan. ummu sampai taknak naik ke darat bila dapat main ombak..

Thursday, June 06, 2013

berkhatan

ummu selepas 2 bulan kelahiran.. chubby n comel kan. hari ni (29 mac~ 17 jamadilawal) kita pergi berkhatan.. ini kali pertama ummu duduk di car seat.. nasib baik behave je.. haha. mama bawa ummu berkhatan di pusat rawatan islam azzahrah bangi, alhamdulillah.. semuanya selamat. ummu pun tak banyak meragam. baik sangat. siap bagi pose comel selepas berkhatan tu.. yay!!

Thursday, May 30, 2013

meniarap..bergolek2.. kehulu kehilir

anak solehah yang sangat comell.... geram mama ngan awak nih. nasib baik awak suka tersenyum je.. rasa nk picit2 je awak nih .. secara rasmi nya ummu dah pun meniarap semasa ummu 3 bulan.. hmm cepat kan .. lebih kurang seminggu lepas mama kerja.. dalam 15 april la..(mama agak2 je tau).. cepat betul. sejak meniarap je.. cepat betul ummu bergolek2 kesana sini.. tak bole dah nk biar ummu tidur atas katil. risau mama takut ummu jatuh sebab ummu memang tak menangis sangat.. kalau bangun tidur sengih2..golek2.. main2. takde la nak nangis2 panggil mama nih .. kalau tidur bawah je pun sama.. sedar2 ummu dah meniarap atas lantai.. cepat je ummu membesar mama rasa.. masa pun cepat berlalu. baby mama yang comel semakin bijak dan pandai.. alhamdullilah.

little bookworm.

hmm.. so clever kan this little girl. pandai sangat nak baca buku dengan kakaknya.. kakak ulfah pun sonok melayan adik ummu nih. ummu memamg agak pandai memberi fokus,.. contohnya.. kalau tgk tv, memang ummu tgk betul betul.. ummu juga suka tgk kakak menyanyi, menari.. siap gelak2 lagi ummu ni. baca buku pun.. tgk gamba jela camana rupa ummu.. macam paham je apa yang kakak baca tu,..kan. ni baru 4 months. nnti dah besar mama doakan ummu jadi anak yang hebat dan pandai serta solehah okkay..

Wednesday, May 15, 2013

welcome home anak comel.

kakak semuanya gembira dan tak sabar nak jumpa ummu.. selepas je keluar dari hospital.. kita sekeluarga bersama-sama atuk dan opah terus je balik kampung.. kakak2 semua sangat sayang dengan ummu.. asik nk cium je pipi ummu ..

Tuesday, April 16, 2013

ummu balik ke kuala lumpur on 23 feb.2013

ok..dah hampir habis pantang dan kita dah pun nak balik ke rumah kita dikuala lumpur... tak sabar ma rasa nak balik.. rindu juga nak tengok rumah. dan untuk ummu.. ini kali pertama ummu nak balik ke rumah.. kita bawa opah dan atuk sekali sebab dorang ada kenduri dekat kl juga.. heheh. kita pun singgah makan kenduri juga la sebelum sampai rumah..

Thursday, April 11, 2013

hadirmu memberi ketenangan

buat si cantik manis.. ummu sakinah. dalam entry pertama ni.. mama nak cerita tentang kelahiran ummu sakinah. kalau ikut tarikh jangkaan ummu sepatutnya lahir pada 7 january 2013.. nama pun jangkaan kan.. ummu mama yang comel ni hanya keluar 3 hari selepas itu.. hehe.. 10 january 2013.. bersamaan dengan hari khamis 27 safar 1434hijrah. kelahiran ummu memang agak mendebarkan mama juga.. sebab mama rasa sakit dari 7 january lagi.. mama di masukkn ke wad pada 9 january .. tapi ummu masih lagi tak tunjukkn tanda nak keluar dari perut mama nih.. seronok agaknya duduk dalam perut mama.. pagi 10 january.. 8.30 mama di bawa ke wad bersalin.. mujur sakit tuk lahirkan ummu tak lama.. tepat pukul 9.20 pagi. ummu pun lahir.. dengan berat 3.14kg mama rasa gembira dan bersyukur ketika ummu diletkkn dalam pelukan mama.. sangat2 terharu dengan kehadiran ummu.. buat pertama kalinya.. papa memotong tali pusat yang menyambungkan ummu dengan mama..melihat sahaja cahaya wajah ummu .. sesungguhnya mama memang terasa tenang, hilang kepayahan dan kesakitan mama yang mama lalui untuk melahirkan anak solehah mama yang ke tiga ini. ummu langsung tak menangis.. diam dan merenung mama... mmm.. mengalir air mata mama bila terkenang saat itu.

Wednesday, April 10, 2013